Suntikan Pneumokokus dan Influenza Dapat Elakkan Jangkitan Paru-paru

KUALA LUMPUR, 2 Jun 2023: Lembaga Tabung Haji (TH) ingin menjelaskan isu yang tular berkaitan keadaan kesihatan jemaah haji Malaysia di Tanah Suci ketika ini.

Pada ketika ini hanya seramai 29 orang jemaah haji atau 0.2 peratus daripada 13 ribu jemaah yang telah sampai di Tanah Suci berada di dalam pusat rawatan TH. Seramai 23 jemaah haji dirawat di Pusat Rawatan Makkah manakala enam (6) orang di Pusat Rawatan Madinah.

Seramai sebelas 11 orang (empat (4) di Madinah dan tujuh (7) di Makkah) yang masih dirawat akibat jangkitan paru paru disebabkan keadaan cuaca yang panas dan berdebu, namun kesemua jemaah berada dalam keadaan yang baik dan stabil.

Doktor pakar di Pusat Rawatan TH di Madinah mendapati kebanyakan jemaah mendapat jangkitan paru-paru disebabkan tidak mengambil suntikan Pneumokokal dan Influenza sebelum berlepas ke Tanah Suci. Kedua-dua suntikan ini adalah tidak diwajibkan namun sangat digalakkan buat jemaah.

Suntikan imunisasi pilihan ini amat digalakan untuk membina daya pertahanan badan bagi mencegah dan melindungi jemaah ketika menunaikan ibadat haji sebagaimana yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Walaupun suntikan ini adalah pilihan, namum TH telah memberi penerangan kepentingan mengambil suntikan ini semasa kursus asas haji dan kursus Perdana Haji. Pakar-pakar perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah memberi taklimat semasa sesi tersebut.

Oleh yang demikian, para jemaah haji yang masih belum berlepas ke Tanah Suci disarankan untuk mengambil suntikan vaksin Pneumokokal dan Influenza untuk tujuan pencegahan yang lebih baik daripada rawatan.

TH sentiasa mengambil berat dan mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan para jemaah haji negara. TH turut menyediakan prasarana perubatan dan membawa pasukan perubatan yang terdiri daripada pakar pakar kesihatan untuk memberi khidmat kepada jemaah haji pada setiap musim haji.

Featured Articles

Featured video

Watch Dr. Paul Harris talk about family health care practice and his patient-centered approach

Healthy Newsletter

Quo ea etiam viris soluta, cum in aliquid oportere. Eam id omnes alterum. Mei velit