Obesiti adalah pengumpulan lemak badan yang berlebihan sehingga menjejaskan tahap kesihatan secara keseluruhan. Ia biasanya diukur melalui Indeks Jisim Tubuh (BMI) melebihi 27.5 (bagi populasi Asia).
Lemak berlebihan di dalam badan membebankan organ dalaman, tulang sendi, dan sistem kardiovaskular. Obesiti merupakan punca utama kepada penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, masalah kesuburan (seperti PCOS), dan strok.
Apabila BMI anda mula melepasi julat berat badan berlebihan (overweight), kerap mengalami sakit lutut, sesak nafas bila berjalan dekat, atau mula mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur.
Dapatkan konsultasi kesihatan dan profil metabolisme di klinik. Elakkan diet ekstrem atau ubat kurus yang tidak diluluskan oleh KKM. Pengurusan berat badan yang selamat merangkumi pelan pemakanan berkalori seimbang, aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 150 minit seminggu, dan pemantauan doktor secara konsisten.




