Bahaya Rotavirus: Apabila Cirit-Birit & Muntah Menyerang Si Kecil

Apa itu Rotavirus?

Rotavirus adalah punca utama cirit-birit dan muntah yang teruk (gastroenteritis) dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kecil. Virus ini sangat tahan lasak dan mudah melekat pada mainan, tangan, atau makanan.

Kenapa ia berbeza dengan sakit perut biasa?

Rotavirus menyebabkan cirit-birit berair yang sangat kerap (sehingga berpuluh kali sehari) dan muntah berterusan. Ini menyebabkan cecair dan garam galian dalam badan bayi menyusut dengan sangat pantas, yang boleh membawa kepada kegagalan buah pinggang jika terlambat dirawat.

Bila situasi dianggap kecemasan?

Segera bawa bayi ke klinik jika muntah/cirit tidak berhenti, bayi kelihatan terlalu cangkul/mengantuk, mata cengkung, atau najis mengandungi darah.

Bagaimana cara mencegah & merawat?

Pencegahan terbaik adalah menerusi Vaksin Tambahan Rotavirus (secara titisan mulut) yang boleh diambil oleh bayi seawal umur 2 bulan. Jika sudah terjangkit, rawatan utama adalah penggantian cecair (ORS/Oral Rehydration Salt) mengikut dos doktor dan pemantauan ketat.

Dapatkan rawatan di klinik berhampiran, dan jika anda berada di sekitar kawasan Kajang, anda boleh datang ke Klinik Dr Miss yang terletak di B-1-GA, Jalan Prima Saujana 2/B, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor. Kami beroperasi setiap hari bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.30 malam.