Isu Pertussis (Batuk Kokol): Kenapa Bayi Baru Lahir Paling Berisiko?

Apa itu Pertussis/Batuk Kokol

Jangkitan bakteria (Bordetella pertussis) pada saluran pernafasan yang menyebabkan batuk berpanjangan, teruk, dan berbunyi “whoop” apabila pesakit menarik nafas.

Kenapa ia mengancam nyawa bayi?

Bayi di bawah umur 2 bulan belum menerima dos vaksin imunisasi asas yang cukup. Apabila terjangkit, batuk yang terlalu teruk boleh menyebabkan bayi terhenti bernafas (apnea), muka bertukar biru kerana kekurangan oksigen, atau mengalami kerosakan paru-paru.

Bila perlu pemeriksaan doktor?

Jika bayi mengalami batuk berterusan yang melampau sehingga muka menjadi merah/biru, atau batuk yang diakhiri dengan muntah/mengaum, jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimana cara mengelakkannya?

Ibu hamil disyorkan mengambil vaksin pertussis (Tdap) semasa trimester kedua atau ketiga kehamilan supaya antibodi dapat dipindahkan kepada bayi dalam kandungan. Selain itu, pastikan bayi melengkapkan jadual vaksinasi 6-dalam-1 mengikut umur di klinik.

Dapatkan rawatan di klinik berhampiran, dan jika anda berada di sekitar kawasan Kajang, anda boleh datang ke Klinik Dr Miss yang terletak di B-1-GA, Jalan Prima Saujana 2/B, Taman Prima Saujana, 43000 Kajang, Selangor. Kami beroperasi setiap hari bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.30 malam.