Diabetes & Wanita: Tanda-Tanda Awal Yang Kerap Diabaikan

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit kronik di mana paras gula (glukosa) dalam darah kekal tinggi kerana badan tidak menghasilkan hormon insulin yang cukup atau sel badan tidak dapat menggunakan insulin secara berkesan.

Gula darah yang tinggi secara berterusan merosakkan saluran darah dan saraf badan dari dalam. Tanpa kawalan, ia boleh memicu kegagalan buah pinggang, kerosakan mata (kebutaan), masalah jantung, dan luka pada kaki yang sukar sembuh sehingga berisiko dipotong.

Jika anda sering dahaga melampau, kerap kencing pada malam hari, berat badan turun mendadak tanpa sbb, kerap penat, atau mempunyai sejarah keluarga berdiabetes, segera lakukan ujian gula darah secara berkala.

Lakukan ujian saringan gula darah (Fastings Blood Glucose / HbA1c) di klinik. Diabetes boleh dikawal secara berkesan melalui gabungan pemakanan sihat (kurangkan gula & karbohidrat terproses), senaman konsisten, serta rawatan ubat-ubatan yang ditetapkan oleh doktor.