Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua🥰🥰
APA ITU ROTAVIRUS ?
😩Rotavirus adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan masalah cirit-birit yang teruk di kalangan kanak-kanak. Sebilangan mereka yang terkena jangkitan Rotavirus ini juga akan mengalami gejala demam panas.
SIMPTOM
✔️Cirit birit
✔️Demam panas
✔️Muntah-muntah
✔️Kelihatan pucat
Cara Mengatasi Masalah Jangkitan Rotavirus di Kalangan Kanak-Kanak dan Bayi
✔️Jika anak anda mengalami simptom sakit perut dan cirit-birit, elakkan daripada membawanya mandi di kawasan awam seperti taman rekreasi hutan lipur, kolam air panas atau taman tema air.
✔️Jangan membiarkan anak kecil anda mandi di kawasan awam dengan memakai lampin pakai buang.
✔️Tidak menghantar anak anda yang sakit cirit-birit atau muntah-muntah ke pusat jagaan, tadika atau sekolah.
✔️Pastikan anak anda tidak memasukkan barang mainan atau tangannya ke dalam mulut.
✔️Pastikan lantai dan perabot rumah anda bersih dan disinfektasi setiap hari.
✔️Berikan susu badan kepada anak anda untuk meningkatkan sistem imun badan.
✔️Sentiasa membasuh tangan selepas menukar lampin anak dan menggunakan tandas
Jika anak anda mengalami hal yang sama segera berjumpa doktor👩⚕️




