Influenza, atau yang dipanggil flu oleh pakar perubatan, ialah jangkitan virus yang menyerang saluran pernafasan kanak-kanak (hidung, tekak dan paru-paru). Berbeza dengan selesema biasa (common cold), virus Influenza ini jauh lebih agresif dan mudah berjangkit melalui titisan udara apabila pesakit bersin, batuk, atau apabila anak menyentuh permukaan yang tercemar.
Sistem imunisasi kanak-kanak masih belum matang sepenuhnya, menyebabkan mereka berisiko tinggi mengalami komplikasi berat. Jika tidak dirawat segera, virus ini boleh merebak ke dalam paru-paru dan menyebabkan radang paru-paru (pneumonia), jangkitan kuman pada telinga, dehidrasi teruk kerana enggan minum air, atau lebih parah, keradangan pada otak (encephalitis).
Jangan tunggu sehingga anak longlai. Bawa anak ke klinik dengan segera apabila:
-
-
Demam tinggi secara mendadak mencecah atau melebihi 39°C dan tidak kebah walaupun selepas diberi ubat demam.
-
Anak mula bernafas laju, dada berombak, atau nafas berbunyi (wheezing).
-
Anak menjadi terlampau lesu, enggan menyusu/minum, atau mula muntah-muntah.
-
Langkah pertama adalah dengan melakukan ujian calitan pantas (Swab Test Influenza) di klinik untuk pengesahan jenis virus. Jika positif, doktor akan memberikan ubat antivirus (seperti Tamiflu) yang wajib dihabiskan. Di rumah, pastikan anak mendapat rehat yang cukup dan hidrasi yang maksima.
Bagi anak yang sesak nafas akibat kahak terlalu pekat, rawatan bantuan seperti Sedut Kahak/Nebulizer di klinik sangat membantu melegakan pernafasan mereka dengan cepat.




